KESILAPAN UMUM TATABAHASA
Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat.
Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
i.
Kesalahan ejaanii. Kesalahan morfologi
iii. Kesalahan sintaksis
iv. Kesalahan tanda bacaan
Penggunaan tatabahasa yang salah di dalam bilik
darjah sama ada dalam lisan mahupun penulisan
boleh diperincikan berdasarkan empat topik berikut.
1.
Kesalahan
Penggunaan Kata Sendi Nama
Menurut Awang
Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada
dua iaitu kesalahan penggunaan kata sendi nama dan pengabaian kata sendi.Kata
sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan
pada, ke dan kepada.
Kata Sendi Nama
|
Penggunaan
|
dari
|
tempat, masa
|
daripada
|
perbandingan, asal kejadian
|
di
|
tempat
|
pada
|
masa, orang, benda abstrak
|
ke
|
tempat, masa
|
kepada
|
benda bernyawa, benda abstrak
|
Salah
|
Betul
|
Dia berasal daripada Seri Manjung.
|
Dia berasal dari Seri Manjung.
|
Surat itu dari abang saya.
|
Surat itu daripada abang saya.
|
Beg itu dibuat
dari kulit.
|
Beg itu dibuat
daripada kulit.
|
Di masa depan
|
Pada masa depan
|
Di zaman teknologi maklumat
|
Pada zaman teknologi maklumat
|
Di hari ini
|
Pada hari ini
|
Bungkusan itu diserahkan ke Hajar.
|
Bungkusan itu diserahkan kepada Hajar.
|
Dilontar ke Amin.
|
Dilontar kepada Amin.
|
Oleh kerana
|
Oleh sebab
|
Suka langsat
|
Suka akan langsat
|
Balik Melaka
|
Balik ke Melaka
|
Pergi pusat sumber
|
Pergi ke pusat sumber
|
Kata sendi nama
|
Penggunaan
|
Dari
i.
tempat
ii.
masa
|
Saya
berasal dari Kuala Kangsar.
Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul
4.00 petang hingga 6.00 petang.
|
Daripada
i.
perbandingan
ii.
asal
kejadian
|
Bangunan
ini lebih tinggi daripada bangunan itu.
Beg
ini diperbuat daripada kulit buaya
|
Pada
i.
masa
ii.
orang
iii.
benda
abstrak
|
Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah.
Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup
ada pada Cikgu Nolia.
|
Ke
i.
tempat
ii.
masa
|
Ayah
pergi ke kedai dengan menaiki
kereta.
|
Kepada
i.
benda
bernyawa
ii.
benda
abstrak
|
Bungkusan
ini diserahkan kepada ibu.
Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa.
|
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau
mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat:
Penguat hadapan
|
agak, begitu, paling, terlalu
|
Penguat belakang
|
benar, betul, nian, sekali
|
Penguat bebas
|
amat, sangat, sungguh
|
Contoh
penggunaan:
salah
|
betul
|
Pemandangan
di puncak Gunung Kinabalu amat cantik
sekali.
|
Pemandangan
di puncak Gunung Kinabalu amat cantik.
Pemandangan
di puncak Gunung Kinabalu cantik
sekali.
|
Mereka
amat gembira sekali.
|
Mereka
amat gembira.
Mereka
gembira sekali.
|
Fairus terlalu
percaya sangat akan kata-kata kawannya.
|
Fairus
percaya sangat akan kata-kata
kawannya.
|
Jambatan Pulau Pinang amat panjang sekali di Asia Tenggara
|
Jambatan Pulau Pinang panjang sekali di Asia
Tenggara.
Jambatan Pulau Pinang amat panjang di
Asia Tenggara.
|
Menara Kuala Lumpur paling tinggi sekali.
|
Menara Kuala Lumpur paling tinggi.
|
Dia murid tertinggi
sekali di dalam kelas 5A
|
Dia
murid tertinggi di dalam kelas 5A.
|
Salah satu perkara yang menimbulkan kesulitan kepada
pengguna bahasa Melayu khususnya murid-murid ialah perbezaan antara akhiran –kan dengan akhiran –i.
Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, oleh itu,
memerlukan objek. Tetapi dari segi makna, terdapat persamaan dan perbezaan
antara kedua-duanya.
Salah
|
Betul
|
menghadiahkan ibu
|
menghadiahi ibu
|
mengurniakan beliau
|
mengurnai beliau
|
menganugerahkannya ilmu
|
menganugerahinya
|
mengirimkan saya surat
|
Mengirimi saya
surat
mengirimkan surat kepada saya |
Contoh
ayat :
1. Saya menduduki
kerusi yang kosong itu.
2. Saya mendudukkan
anak itu pada kerusi yang di hadapan.
3. Murid-murid menaiki
bas sekolah itu.
4. Ketua murid menaikkan
bendera sekolah.
5. Batang buluh memagari
rumah Pak Din.
6. Pak Din memagarkan
batang buluh di sekeliling rumahnya.
4 Kesalahan Penggunaan Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan
D-M bermaksud diterangkan
(D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu
merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan
merupakan unsur penerang yang hadir pada
kedudukan yang kedua.
Salah
|
Betul
|
Dr. Mariam Klinik
|
Klinik Dr. Mariam
|
Medan Restoran
|
Restoran Medan
|
Cili sos
|
Sos cili
|
Mini bas
|
Bas mini
|
Goreng pisang
|
Pisang goreng
|
Lain-lain hal
|
Hal-hal lain
|
Lain-lain perkara
|
Perkara-perkara lain
|
Bahan yang sangat sesuai untuk memahami tatabahasa dan kesalahan yang sering kita lakukan ketika menulis mahupun ketika berbicara. Tahniah dapat menghasilkan bahan P&P yang menarik.
ReplyDelete