Saturday 17 November 2012

Kata Adjektif


KATA ADJEKTIF

-          Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga : Kata adjektif digunakan untuk menerangkan    tentang sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama.
      -      Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mengelaskan kata adjektif kepada 9 jenis, iaitu :

  1.  Kata Adjektif Bentuk – bulat, leper, lurus, bengkok
  2. Kata Adjektif Cara -  lincah, perlahan, jelas
  3. Kata Adjektif Perasaan – sedih, marah, sayang, rindu, simpati
  4. Kata Adjektif Sifat atau Keadaan  -  cerdik, comel, baik

Contoh ayat:

i.                    Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.

ii.                  Kesemua ahli pasukan itu lemah.

iii.                Pegawai tentera itu sungguh berani.

iv.                 Murid itu menyiapkan tugasannya dengan gopoh.

v.                   Anak guru itu amat cerdik.

5.      Kata Adjektif Ukuran – tinggi, rendah, panjang, pendek
6.    Kata Adjektif Warna – merah, kelabu, putih
       7.     Kata Adjektif Waktu – pantas, cepat, lambat
       8.     Kata Adjektif Jarak -  renggang, dekat, jauh
        9.    Kata Adjektif Pancaindera – pahit, masam, pedas, masin

-          Perhatikan contoh-contoh ayat berikut :

1.      Adik saya tinggi.

2.      Ali sangat pandai.

3.      Orang muda itu baik.

4.      Malam  ini gelap benar.

5.      Hujan pagi ini amat lebat sekali.

6.      Suaranya sungguh merdu.
LATIHAN

  1. Murid Tahun Enam Cemerlang sedang_________________ mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi.
  2. _______________ sungguh gadis Tionghua itu berbaju kurung.
  3. Hana semakin ______________ berjalan kerana hujan akan turun.
  4. Tanah yang ________________ itu mudah dibajak.
  5. Hubungan antara anggota keluarga Encik Azlan semakin ________________ semenjak peristiwa itu.
  6. Kisah _______________ itu masih bermain-main dalam fikiran Maryam ketika bersendirian.
  7. Ibu membasuh ikan sembilang itu dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau _____________
  8. Penglihatan Umar menjadi __________________ jika tidak memakai cermin mata.
  9. Wajah Anita kelihatan ________________ kerana kurang tidur memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya.
  10. Orang yang ______________ biasanya tidak disukai oleh sesiapa.

 1.Pak Rahman berjalan menggunakan tongkat kerana sudah agak ___________________

A.      kendur

B.      uzur

C.      luntur

D.     lanjut

 2.Tendangan ____________________ oleh penyerang pasukan bola sepak sekolah kami berjaya menghasilkan gol kemenangan.

A.      kencang

B.      deras

C.      kuat

D.     liat

 3. Dalam Sejarah Melaka, Hang Tuah merupakan pahlawan yang paling ________________

A.      keras

B.      jinak

C.      gagah

D.     besar

 

2 comments:

  1. Amat bersesuaian, menarik dan berilmu. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Sangat sesuai untuk P&P di dalam kelas. Teruskan usaha.

    ReplyDelete